Bukti Pembayaran Dari Neobux



Hari ini saya ingin update bukti pembayaran yang saya perolehi daripada Neobux.Payment yang saya perolehi ini adalah hasil daripada menyewa Rentad Referral untuk tempoh 240 hari dan mendapatkan panduan daripada orang lama yang lebih arif iaitu dari forum Carigold.

Untuk berjaya di dalam Neobux , anda hendaklah mengikuti tips berikut iaitu :

1 – Klik semua iklan bewarna oren dalam waktu server ( iklan warna lain tak kesah pukul berapa pun)
2 – Kalau sewa referral, JANGAN BANYAK! (extend referral yang ada ke 240 hari dulu baru tambah lagi)
3 – Play adprize (harap boleh menang $50 atau Golden Membership)
Sumber : Xor Carigold

Soalan yang kerap ditanya oleh newbie , bolehkah buat duit dengan Neobux ?

Jawapannya sudah pasti boleh!

Berikut adalah bukti payment yang diperolehi daripada Neobux.


Payment pada 14/10/2012



Jika berminat untuk bersama dengan saya meraih keuntungan dengan Neobux , sila klik banner di atas!

Tips dan Strategi Neobux Untuk Standard Member



Tahukah anda bahawa setakat ini semua ahli Neobux telah dibayar lebih daripada $114,570.52 ?

Ya, itu adalah jumlah yang besar dan Neobux merupakan PTC yang paling stabil hingga ke hari ini.Jadi, jika anda merupakan seorang peminat PTC yang masih lagi teragak-agak untuk menyertai Neobux , apa kata anda menyertai Neobux bersama saya dan saya akan bimbing anda untuk mendapatkan dolar anda yang pertama. Terdapat banyak strategi yang digunakan oleh ahli-ahli Neobux untuk mendapatkan hasil pulangan yang baik.

Menurut Success Stories Forum Neobux, terdapat ahli Neobux yang sudah dibayar lebih daripada $ 10,000 ! Jadi apa rahsianya ? Nah, faktor yang besar di sini adalah strategi menyewa referral ( NeoBux's referral renting ) .

Anda boleh menyewa referral yang akan meningkatkan pendapatan anda melalui aktiviti klik mereka. Ok, saya akan memberikan anda tips yang diperlukan untuk strategi Neobux anda sendiri.

Berikut adalah beberapa tips dan strategi untuk ahli standard:

1. Sentiasa klik iklan anda pada setiap hari mengikut waktu server yang telah ditetapkan.Anda boleh melihat di akaun Neobux anda. Ini adalah untuk memastikan bahawa klik anda sentiasa dikreditkan.

2. Neobux hanya membenarkan satu alamat ip untuk anda iklan dalam tempoh 24 jam. Iklan tambahan juga boleh didapati pada masa-masa tertentu pada setiap hari,

3. Baca dan fahami Neobux melalui T.O.S. (Terma Perkhidmatan) serta Soalan Lazim. Ini akan banyak membantu anda memahami operasi Neobux dan sila rujuk tips bagaimana untuk mengelakkan anda dibanned oleh Neobux.

4. Perkenalkan diri anda di forum Neobux. Anda boleh mencari ruangan yang berasingan yang khusus untuk negara anda sendiri. Anda boleh menghantar soalan dan anda akan dijawab secepat mungkin. Terdapat banyak ahli yang boleh menolong dan menjawab pertanyaan anda.

5. Teruskan mengklik iklan sehingga anda mencapai 100 klik atau anda sudah sebulan menjadi ahli Neobux. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda menjemput atau mempromosikan referral link anda untuk mendapat 'Direct Referral'.

6. Kini, terdapat satu lagi cara meningkatkan pendapatan Neobux anda, ini adalah dengan menyewa 'Rented Referral'. Anda boleh menyewa 3 orang referral pada 0.75 $ melalui pek referral minimum yang telah disediakan. Saya mencadangkan agar anda menunggu sehingga baki anda mencapai 2 $ untuk menampung kos menyambung kitar semula referral ( extension ).

7. Jika anda mempunyai dana yang lebih dan benar-benar mahu untuk mendapatkan lebih wang daripada Neobux, anda boleh menambah lagi 'Rented Referral' sebanyak 100 referral pada kadar $ 25 untuk tempoh 30 hari. Ini bermakna lebih banyak 'Rented Referral' maka keuntungan anda akan bertambah!. Sebagai ahli standard anda mempunyai maksimum 300 'Rented Referral' untuk disewa .

8. Anda perlu ingat bahawa anda perlu klik iklan anda setiap hari mengikut waktu server yang ditetapkan supaya anda akan mendapat klik daripada referral anda.

Tips Untuk Mengelakkan Anda di Banned Oleh Neobux



Mereka yang menyertai Neobux perlu patuh kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh mereka.Percayalah ! Sedikit kesilapan yang melanggar TOS mereka boleh menyebabkan akaun anda di banned.Disini , saya berkongsi 5 TOS paling utama yang harus kita patuhi untuk memastikan akaun Neobux kita yang mempunyai direct referral dan rented referral yang aktif dapat dikekalkan.


Menghormati Pengguna lain

Ahli Neobux yang lain, kakitangan Neobux, atau pembantu Neobux adalah seperti anda, mereka hanya mahu membuat keuntungan dengan Neobux.Oleh itu , anda perlu menghormati sesama ahli Neobux. Anda tidak boleh ugutan atau tuduhan. (TOS 1.3, TOS 1.4, TOS 1,6)

Satu Akaun Neobux, Satu Akaun PayPal / Payza / Neteller

Anda diingatkan supaya tidak membuat lebih daripada satu akaun kerana jika didapati ianya berlaku,semua akaun anda akan dibanned.Gunakan akaun PayPal hanya untuk satu Akaun Neobux anda sahaja. (TOS 2.2)

Satu Akaun Neobux, Satu Komputer, Satu Alamat IP

Anda boleh klik Iklan hanya dari satu IP dalam tempoh 24 jam! Tetapi anda hanya boleh menggunakan maksimum 3 komputer yang berbeza dalam tempoh 10 hari untuk melihat iklan. (TOS 2,3)

Tidak Boleh Klik Iklan pada Telefon Bimbit

Hanya menggunakan komputer dan tetikus anda untuk klik dan melihat Iklan, atau untuk mendaftar di Neobux. Tetapi anda boleh melihat profil anda dan forum Neobux dengan telefon bimbit anda. (TOS 6.4)

Jadilah Pengguna Aktif

Anda perlu log masuk ke akaun anda sekurang-kurangnya sekali sebulan. Selepas 30 hari pertama tidak aktif anda akan dibanned sementara, selepas 30 hari akan datang anda akan dibanned secara kekal. Tidak aktif selama 72 jam selepas pendaftaran boleh dibanned secara kekal. (TOS 8,4)


 Jika semua TOS ini di patuhi , maka adalah senang untuk buat duit dengan Neobux.

Kenapa Perlu Buat Duit Dengan Neobux



Kenapa ramai orang malas hendak buat duit dengan Neobux dan PTC yang lain ? Jawapan klise yang selalu diterima adalah PTC jenis ini adalah membosankan dan tidak dapat fokus. Sebab ramai yang tidak kekal lama dengan PTC seperti ini.

Semasa mula-mula bergiat dengan Neobux , saya juga berasa bosan kerana terpaksa duduk di depan PC dan terpaksa klik ads pada waktu server yang telah ditetapkan namun setelah mempelajari teknik dari otai-otai di beberapa forum kini sudah ketagih pula dengan Neobux.

Selain itu , turut diterjah dengan soalan sinis MAMPUKAH saya ini kekal lama dengan Neobux ? Jawapan saya jika kena dengan peraturan dan teknik yang telah dipelajari. Sudah pasti boleh!

Saya boleh ! Anda juga boleh !

Apa itu Neobux ?

Jika yang masih belum tahu mengenai NeoBux , ia merupakan perkhidmatan PTC (Paid to Click) dengan pendaftaran percuma yang terdapat dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.Perkhidmatan NeoBux membantu pengiklan untuk mencapai beribu-ribu pelanggan sasaran yang berpotensi dengan memaparkan iklan mereka (pengiklan) mengikut sasaran lokasi dan pengguna

NeoBux juga boleh menjana pendapatan dengan hanya melihat iklan mereka (pengiklan).

Pengguna NeoBux hanya perlu mengklik pada iklan pengiklan dan melihatnya semasa jumlah masa yang dinyatakan oleh pengiklan (3 saat, 10 saat, 30 saat atau 45 saat).

Selepas melihat iklan itu, pengguna NeoBux akan dikreditkan dengan jumlah yang ditetapkan sebelum wang dalam akaun Neobux mereka (USD$0.001, USD$0.005, USD$0.010, USD$0.015 atau USD$0.020).

Senang nak cakap , setelah anda semua mendaftar dengan Neobux, anda boleh mula menjana pendapatan secara percuma! Jadi, kita boleh menyertai NeoBux dengan dua tujuan, menjana pendapatan dan untuk mempromosikan perniagaan kita ke serata dunia.

Ramai yang belum tahu bahawa kita boleh menyewa referral dan juga boleh mendapatkan direct referral dengan cara mempromosikan link referral kita kepada rakan-rakan kita.

Tengok !  Senang kan.

Ini adalah bukti pendapatan saya dengan Neobux ! Sedikit ? Ya! Memang sedikit namun boleh ditingkatkan lagi.